assalamualaikum..so, terjumpe mende neyh kt internet..rase cm seronok la plak klo dpt share sesame..emm..renungkan....=p
--Minta Yang Banyak Orang Buat--
Rasa-rasanya apa yang manusia selalu minta?jawapannya mintak duit.Zaman ni,bak kata omputih,”money is everything”,tapi itu akal omputih,kita sebagai umat islam camane?
Adik-adik kecik yang tak sekolah lagi pun dah rajin minta duit kat mak ayah,Kalau hari raya lagi la,memang menjadi-jadi la.Istiqamah pulak tu.hehe..Harapnya Istiqamah ni budak-budak ni Allah salurkan dalam hati mereka untuk benda-benda berfaedah.
Yang tu kisah adik-adik kecik kita,yang dah besar,banyak fe`el nya.Tapi,yang penting,gunakan duit yang diberikan untuk benda berfaedah.Tak salah pun minta duit kat mak ayah,yang penting bukan MENCURI.
عَنْ خَوْلَةَ الْأَنْصَارِيَّةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ رِجَالًا يَتَخَوَّضُونَ فِي مَالِ اللَّهِ بِغَيْرِ حَقٍّ فَلَهُمْ النَّارُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada Khaulah al-Ansariyyah katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya beberapa orang lelaki yang menggunakan harta Allah tanpa cara yang benar maka mereka mendapat api neraka pada hari Qiamat. (Al-Bukhari dan al-Tirmizi)
--Minta Yang Sikit-Sikit--
Minta yang sikit-sikit kita dengar adalah Minta tolong.Betul ke sikit?jawapannya,cuba anda dengar bila kawan anda mintak tolong
“Man,mintak tolong sikit”atau
“Abg,mintak tolong tepi sikit” J
Tapi,sikit di sini juga membawa maksud hanya sedikit yang suka meminta tolong orang lain walaupun kadang-kadang diri sendiri tak mampu nak buat perkara tu.
Dan sikit jer pun kita dengar orang jerit,”tolong-tolong”…fikir-fikirkan..
--Minta yang Kadang-kadang--
Minta yang kadang-kadang kita buat adalah minta Maaf.Selalunya minta maaf ni kita hanya buat waktu kita ada buat salah jer.(takkan waktu tak buat salah tiba-tiba minta maaf kan?
Tapi,trend masa kini ada yang berubah.”Minta” yang kadangkadang ni, ada segelintir manusia yang buat jadi jarang-jarang iaitu hanya waktu hari raya sahaja.Adakah mungkin umur kita akan sampai hari raya yang berikutnya?wallahua`lam
--Minta Yang Jarang-Jarang--
Minta yang jarang-jarang bagi manusia adalah minta Doa.Mungkin ada yang selalu,yang tu alhamdulillah la.Tapi,kebanyakan kita pada masa ni ramai yang dah buat minta doa sebagai trend yang jarang-jarang dilakukan.Ada yang bagi alas an “ala,nanti sebelum peksa kita doa la”,ada jugak yang kata “Buat apa nak doa,doa saya bukan makbul pun:.Astaghfirullah,macam-macam insan zaman sekarang.
Doa ni,jangan risau,mintak jerk at Allah,Allah bukan kedekut,malah MAHA KAYA dan MAHA PEMURAH.Diulangi sekali lagi,MAHA KAYA dan MAHA PEMURAH.
So,berdoa lah,alau Allah tak tunaikan di dunia,di akhirat nanti InsyaAllah. J
Berdoa lah walaupun sedikit kerana itu senjata muslim.
--Minta Yang Kurang Elok--
Minta yang kurang elok adalah perangai meminta-minta.Kalau dalam bahasa melayu,”meminta-minta” ni adalah perkataan “minta” yang di tambah imbuhan awalan “me” yang ertinya dibuat secara sengaja.Rasulullah melarang umatnya berperangai meminta-minta kepada manusia yang lain.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَحْتَطِبَ عَلَى ظَهْرِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَأْتِيَ رَجُلًا أَعْطَاهُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ فَيَسْأَلَهُ أَعْطَاهُ أَوْ مَنَعَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi yang diriku di tangan-Nya, sekiranya salah seorang daripada kamu mengambil tali kemudian membawa kayu api di atas belakangnnya maka itu lebih baik kepadanya daripada dia menemui seseorang yang diberikan kelebihan harta oleh Allah kepadanya lalu dia meminta-minta daripadanya sama ada orang itu memberi ataupun tidak. (al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa`i)
Kerana berdikari itu lebih baik.
--Minta Yang Kurang Disukai Ramai--
Minta puji la jawab nya.Minta puji ni ertinya seseorang tu buat kerja,tapi,harap kan pujian.
Ada jugak yang menakrif kan perbuatan “minta puji” ni adalah seseorang yang membuat sesuatu perkara secara mengada-ngada.(poyo ataupun gedik.. J)
Buat renungan :
عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
Daripada al-Nawwas bin Sim’an al-Ansari katanya, saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kebajikan dan dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kebajikan itu ialah berakhlak baik dan dosa itu apa yang kamu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka manusia melihatnya. (Muslim, al-Tirmizi)
Friday, May 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment