Thursday, June 5, 2008

.: fadhilat istighfar :.

:Fadhilat Beristighfar:

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

:Fadilat Selawat:

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilatmenyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehinggaAllah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?

Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang
berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat..renungkan~

1 comment:

Marini Abdul Rahman said...

salam afifah aka ipeyn yang dah lama xjumpe,akak suke sgt deco blog ipeyn ni...ringkas tapi cantik.kaler merah pulak tu.akak tingin sangat nak buat gini,tp xreti la..huhu.ipeyn ajarkan kak nini eh?=)

jaga diri baik2 ye di tours sana.insyaAllah ade masa dan kesempatan akak dtg lagi sana jenguk korang.jangan nakal2 tau!