salam..soh, kt sini ade sedikit kisah para sahabat utk kita jdkn contoh...
Nama sebenar Abu Ubaidah ialah Amir bin Abdullah bin Jarrah. Beliau dikenali sebagai seorang yang kuat beribadat, merendah diri dan zuhud. Beliau memasuki Islam melalui Sayidina Abu Bakar dan termasuk golongan yang awal memeluk Islam.
Beliau berhijrah ke Habsyah pada kali yang kedua. Abu Ubaidah adalah antara pahlawan Islam yang gigih dan berani di samping akhlaknya yang terpuji. Beliau turut menyertai hampir kesemua peperangan besar yang dihadapi oleh kaum Muslimin seperti Perang Badar, Uhud dan sebagainya.
Di dalam peperangan Uhud, Abu Ubaidah sentiasa menjaga keselamatan Rasulullah s.a.w. Namun keadaan di medan pertempuran itu memaksanya sering berpisah dengan baginda. Meskipun begitu, matanya sentiasa mengawasi kedudukan baginda dari jauh. Begitulah rasa kasihnya beliau terhadap Rasulullah s.a.w.
Pada suatu ketika, Abu Ubaidah telah terpisah dengan Rasulullah s.a.w. kerana baginda telah dikepung oleh pihak musuh. Tiba-tiba, beliau melihat sebilah anak panah mengenai baginda. Dengan pantas Abu Ubaidah segera mendapatkan Rasulullah dan menyerang pihak musuh sehingga mereka bercerai-berai. Didapati di wajah Rasulullah mengalir darah dan ketika itu baginda sedang menyapu darahnya.
Dua rantai besi penutup kepala telah termasuk ke dalam kedua pipi baginda. Tanpa berlengah lagi, Abu Ubaidah segera menarik dua rantai besi itu dengan giginya sehingga tercabut dua batang giginya. Begitulah kecintaan Abu Ubaidah yang dieprlihatkan terhadap baginda.
Abu Ubaidah pernah diberi tanggungjawab memimpin sepasukan tentera seramai tiga ratus sepuluh orang. Setiap hari mereka diberi segenggam kurma sehinggalah bekalan makanan itu habis. Kemudian digantikan dengan perahan air daun-daun. Meskipun begitu, tentera di bawah pimpinannya dapat menghadapi kesusahan ini dengan sabar dan keyakinan yang padu.
Abu Ubaidah pernah dipilih sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w. yang wafat. Namun jawatan itu akhirnya dipegang oleh Sayidina Abu Bakar memandangkan dia memiliki beberapa keistimewaan serta mendapat penghormatan dari para sahabat pada masa itu.
Setelah negeri Syam jatuh ke tangan umat Islam, Abu Ubaidah telah dilantik menjadi amirnya. Namun kehidupannya yang sungguh zuhud, tidak sebagaimana para pemerintah yang lain.Sayidina Umar pernah menziarahi Abu Ubaidah di rumahnya. Dia merasa amat terkejut melihatkan hanya terdapat satu bekas makanan dan sehelai kain bulu di rumah itu. Abu Ubaidah hanya menerangkan, "Tempat makan itu juga dijadikan bekas wuduk manakala kain bulu itu dijadikan alas tidur dan tempat duduk."
Mendengarkan penjelasan Abu Ubaidah itu, menitis air mata Sayidina Umar kerana beliau sungguh terharu.
Khalifah Umar pernah berhasrat melantik Abu Ubaidah sebagai penggantinya kelak. Oleh itu, ketika berlaku suatu wabak di negeri Syam, khalifah telah mengirimkan surat supaya Abu Ubaidah segera menemuinya. Tujuannnya ialah supaya Abu Ubaidah dapat terhindar dari wabak tersebut.
Namun Abu Ubaidah telah dapat menangkap maksud surat itu. Beliau tidak sanggup meninggalkan tenteranya sedangkan beliau menyelamatkan diri. Beliau sanggup berada bersama para tenteranya dan enggan berpisah dengan mereka. Surat kahalifah itu telah dibalasnya. Di antara isi kandungannya:
"Biarlah Allah yang melaksanakan apa yang telah ditakdirkan-Nya buat kami semua."
Tidak lama kemudian, terdengar berita bahawa Abu Ubaidah meninggal dunia di tengah-tengah wabak itu. Mayatnya telah dikebumikan di Jordan.
Wednesday, July 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment